29.9.09

Cabaran Hadiah Tunai RM 10,000 Untuk Dimenangi !


"Jualan Penghabisan Stok" Produk Panduan ClickBank
Mawardee menjemput ANDA untuk menyertai sama-sama mempromosi Jualan Penghabisan Stok" Produk Panduan ClickBank. Ia akan dilangsungkan bermula 3 petang, 29 September 2009 sehingga 12 Oktober 2009. Ini kerana selepas 12 Oktober 2009, Panduan Clickbank akan ditutup buat selama-lamanya. Dan saya pasti, ianya takkan dijual lagi selepas ini, walau sesiapa pun yang cuba merayu selepas itu. Semoga persetujuan anda untuk mempromosikan program jualan ini akan memeriahkan lagi perniagaan Semoga persetujuan anda untuk mempromosikan program jualan ini akan memeriahkan lagi perniagaan internet di Malaysia, di samping memberikan lagi peluang buat duit yang lumayan kepada anda. Sila baca lagi maklumat,klik
READ MORE - Cabaran Hadiah Tunai RM 10,000 Untuk Dimenangi !

27.9.09

CARA MEMBUAT BAJA ORGANIK



Oleh RAMPA


Formula 1
BAJA ORGANIK untuk Pokok: Batang Dan Daun Membesar
1. Pelbagai jenis daun atau satu jenis daun hijau secukupnya.
2. 1 kg Gula Merah dibancuh dengan 1 liter Air dijadikan sebagai Air Larutan Gula Merah setakat cukup untuk membasahkan daun-daun yang dicincang itu apabila daun-daun itu digaul.
3. Sejemput Kapur - iaitu Kalsium Karbonat dibancuh dengan sedikit air secukupnya .
4. Sebotol minuman Yakult
Nota:
1. Jika Di Pasar ada banyak daun sayur yang masih hijau dibuang, boleh diambil dengan percuma. Daun dan pokok ulam gila (pentutup bumi) juga boleh digunakan.
2. Fungsi Kapur ialah supaya wujudnya kepanasan dalam adunan bagi bekteria bertindak cepat meleraikan bahan-bahan organan (nutrients) yang terdapat dalam daun-daun yang diperam/jeruk itu supaya menjadi air baja. Penggunaan kapur ini tidak boleh terlalu banyak, gunakan sedikit saja secara asal ada sahaja.
3. Calcium Carbonate atau serbuk kapur yang digunakan untuk memplaster batu-bata dinding rumah. Kapur sirih juga boleh digunakan.
4. Tong takungan pemeraman daun-daun yang dicincang hendaklah diletak di tempat yang tidak terkena terus cahaya mata hari kerana kesan kepanasan cahaya mata hari boleh mematikan bekteria. Peranan bekteria ialah sebagai pelerai organan dari daun-daun yang dijeruk-peram. Lebih banyak bekteria hidup berada dalam daun-daun yang diperam itu akan lebih berkualiti baja itu.
Cara Memproses:
1. Semua daun dicincang dan dimasukkan ke dalam satu tong takungan.
2. Bancuh 1 kg Gula Merah dengan 1 liter Air dan gaul dengan daun yang dicincang tadi dengan Air Larutan Gula Merah ini.
3. Gaulkan adunan (daun) dengan sedikit (sejemput) kapur – Kalsium Karbonat .
4. Tuang sebotol minuman Yakult dan digaul adunan menjadi rata.
5. Tutup tong supaya adunan terperam selama 14 hari.
6. Setelah 14 hari daun akan menghasilkan air baja, dan air baja ini ditapis untuk dibotolkan sedia boleh digunakan untuk Pokok: Batang Dan Daun Membesar.
Cara Penggunaan:
 Sebanyak 10 ml (2 sudu teh) Air Baja dibancuh dengan 10 liter Air; dijadian sebagai air semburan kepada seluruh pokok dan juga tanah; disembur sebanyak 2 kali seminggu. Jangan membaja lebih dari 2 kali seminggu kerana daun pokok akan menjadi kuning, rosak. Jika pokok kelapa sawit atau pokok getah yang tinggi, memadai disembur 2 kali seminggu pada bahagian batang pokok kelapa sawit atau pokok getah itu saja dan dipangkal bahagian tanahnya.


Formula 2
BAJA ORGANIK untuk Buah Membesar
1. Pelbagai jenis buah yang masak dan juga yang masih muda, dicampur secukupnya. Buah-buah masak yang dibuang di Pasar boleh digunakan.
2. 1 biji buah labu besar (labu yang isinya berwarna kuning, berkulit keras)
3. 1 biji nenas (jangan dibunag kulitnya); dicincang.
4. 1 kg Gula Merah dibancuh dengan 1 liter Air dijadikan sebagai Air Larutan Gula Merah setakat cukup untuk membasahkan buah-buah yang dicincang itu.
4. Sedikit Kapur - Kalsium Karbonat dibancuh dengan sedikit air secukupnya .
5. 1 botol minuman Yakult
Nota:
 Jika di pasar ada buah-buahan yang dibuang boleh digunakan, tak kira apa juga jenis buah; pisang, betik, mangga, epal, nenas dan sebagainya. Nenas hendaklah jangan dibuang kulitnya, dicincang dengan kulit-kulitnya sekali kerana kulit nenas itu sendiri disukai oleh bekteria. Kalau boleh nenas dan juga buah labu besar mesti ada dimasukkan.
Cara Memproses:
1. Semua buah dicincang dan dimasukkan ke dalam satu tong takungan.
 2. Bancuh 1 kg Gula Merah dengan 1 liter Air dan gaul buah-buah masak yang dicincang tadi dengan Air Larutan Gula Merah ini.
3. Gaulkan sedikit kapur (sejemput) – Kalsium Karbonat.
4. Tuang sebotol minuman Yakult dan digaul adunan.
5. Tutup tong supaya adunan terperam selama 14 hari.
6. Setelah 14 hari buah-buahan akan reput menghasilkan air baja, dan air baja ini ditapis untuk dibotolkan sedia digunakan untuk membaja Pokok yang sedang mula berbuah dan juga pada buah yang sedang muda dan membesar.
Cara Penggunaan:
Sebanyak 10 ml (2 sudu teh) Air Baja dibancuh dengan 10 liter Air Sejuk; dijadikan sebagai air semburan kepada seluruh pokok dan juga tanah; disembur sebanyak 2 kali seminggu (atau 3 hari sekali). Jangan lebih dari 2 kali seminggu. Jika pokok kelapa sawit atau lain-lain pokok seperti pokok mangga, pokok getah dsb. yang tinggi, memadai disembur 2 kali seminggu pada bahagian buah (sawit) dan batang pokok getah itu saja dan dipangkal bahagian tanahnya.
 Formula 3 BAJA ORGANIK untuk Pelbagai Guna: Batang, Daun Dan Buah Membesar
1. Pelbagai jenis daun atau satu jenis daun hijau secukupnya.
2. Pelbagai jenis buah masak termasuk nenas dan buah labu besar.
3. 1 kg Gula Merah dibancuh dengan 1 liter Air dijadikan sebagai Air Larutan Gula Merah setakat cukup untuk membasahkan buah-buah yang dicincang itu.
4. Sedikit Kapur - Kalsium Karbonat dibancuh dengan sedikit air secukupnya .
5. 1 botol minuman Yakult
Cara Memproses:
1. Daun dan semua buah dicincang dan dimasukkan ke dalam satu tong takungan.
2. Bancuh 1 kg Gula Merah dengan 1 liter Air dan gaul daun dan buah-buahan yang telah dicincang tadi dengan Air Larutan Gula Merah ini.
3. Gaulkan adunan dengan sedikit kapur – Kalsium Karbonat.
4. Tuan 1 botol minuman Yakult dan digaul aduan.
5. Tutup tong supaya adunan terperam selama 14 hari.
 6. Setelah 14 hari daun-daun dan buah-buahan akan reput menghasilkan air baja, dan air ditapis dibotolkan untuk digunakan untuk Baja Pelbagai Guna bagi Batang, Daun dan Buah Membesar.
Cara Penggunaan:
Sebanyak 10 ml (2 sudu teh) Air Baja dibancuh dengan 10 liter Air Sejuk; dijadikan sebagai air semburan kepada seluruh pokok dan juga tanah; disembur sebanyak 2 kali seminggu. Jangan membaja lebih dari 2 kali seminggu kerana daun pokok akan menjadi kuning, rosak. Jika pokok kelapa sawit yang tinggi, atau pokok getah, memadai disembur 2 kali seminggu pada bahagian batang pokok kelapa sawit itu saja dan dipangkal bahagian tanahnya.
NOTA
1. Bagi semua jenis formula di atas boleh dimasukkan buah labu besar (labu tukai berisi kuning) sebagai bahan untuk meningkatkan kualiti baja.
2. Buah nenas jika digunakan, jangan dibuang kulitnya.
3. Setelah 14 hari pemeraman, air baja ditapis. Bagi mendapatkan air baja lagi, daun dan buah yang sudah reput itu boleh diperah sebagaimana orang memerah santan kelapa; masukkan ke dalam guni dan bilas supaya airnya keluar. Air-baja hendaklah ditapis supaya bersih dari adanya kelodak daun yang reput.
 4. Hasilan air baja sudah pasti baunya busuk. Bagi menghilangkan bau busuk itu bolehlah ditambah haruman seperti menggunakan perisa oren – orange flavour atau lain-lain haruman, dicampur sedikit ke dalam air baja itu sebelum dibotolkan untuk dijual. Jika kegunaan sendiri tak perlulah diwangikan.
5. Penggunaan baja bagi pokok-pokok muda baru membesar; gunakan 10 ml Air Baja (2 sudu teh) dicampur dengan 15 – 20 liter Air sebagai air semburan kepada pokok, disembur 2 kali seminggu (atau 3 hari sekali).
6. Dalam semua jenis baja (formula) boleh dimasukkan sebotol Air Minuman berjenama Yakut ke dalam Air Larutan Gula Merah. Ini akan meningkatkan lagi kualiti hasil Baja kerana bekteria yang terdapat di dalam Yakut itu akan membiak lebih banyak dan membantu meningkatkan kualiti baja.
7. Bagi menghasilkan baja jenis organik ini yang terbaik sekali ialah mencampurkan adunan digaul dengan embryo telor ayam. Hanya embryo telor ayam saja digunakan, bukan kesemua telor ayam. Untuk mendapatkan embryo telor ayam ini bagaimanakah caranya, perlu dipelajari daripada mereka yang tahu di makmal. Walau bagaimana pun, Insya Allah tanpa menggunakan embryo itu pun baja sudah cukup boleh berfungsi sebagai baja.  ok selamat mencoba




READ MORE - CARA MEMBUAT BAJA ORGANIK

12.9.09

Akhirnya Blogger Punya Readmore Sendiri (Jump Breaks)

Dari o-o.com


macamnya sekarang tak perlu lagi nih buka
nbsp; arsip lama saya Cara membuat readmore,& lah kenapa om? la..kan sekarang blogger sudah support fungsi readmore sendiri :). Fasilitas Jump Breaks / Read More yang sudah lama jadi impian para Blogger ini akhirnya terwujud juga, berita gembira ini bisa rekan baca langsung diblog resminya blogger, blogger in draft. Berhubung fasilitas readmore ini masih dalam tahap uji coba pengguna, jadi hanya bisa digunakan pada area draft blogger saja. silahkan login dulu melalui http://draft.blogger.com kalu nk tahu lebih lanjut sila klik sini
READ MORE - Akhirnya Blogger Punya Readmore Sendiri (Jump Breaks)

4.9.09

Kenapa kita baca Al-Quran walaupun tidak memahami isinya?

Terdapat seorang lelaki tua yang tinggal di sebuah ladang di Kentucky, US dengan cucunya.
Setiap pagi, Si Datuk akan membaca Al-Quran di ruang dapur. Si cucu yang melihat, juga meniru
perbuatan Datuknya itu.
Satu hari si Cucu bertanya kepada datuknya, “Atuk, saya baca Quran ini tapi tak fahamlah maksudnya.  Kalau faham pun saya akan lupa bila tutup Al-Quran. Jadi apa gunanya kita baca Al-Quran ini?”
Si Datuk lalu berpaling sebentar dan mendapatkan sebuah bakul yang kotor kerana diisi arang sebelumnya.
“Nah, kau pergi sungai, bawak air dalam bakul ni” . Si cucu pun bergegas ke sungai yang berhampiran dengan rumah mereka di ladang. Apabila pulang, tiada lagi air yang tinggal.
“Kau lambat sangat, cuba lari laju-laju sikit”. Si cucu pun berlari ke sungai dan apabila tiba di hadapan datuknya, tiada juga air yang tinggal.
“Tak boleh lah Atuk”.  Cuba sekali lagi. Kali ini datuknya melihat dari pintu. Si cucu pun, cepat-cepat ke sungai dan berlari membawa bakul untuk tunjuk kepada datuknya. “Nampak tak Atuk? Tak boleh lah”.
“Tak ada gunaya” bentak si cucu.
Si Datuk pun berkata, “Jadi kau rasa tak bergunalah? Cuba kau tengok bakul tu”.
Seperti baru tersedar, si cucu baru perasan yang bakul yang kotor tadi, kini sudah bersih.
Terus si datuk menyambung, “Macam itu lah dengan membaca Al-Quran, walaupun tidak memahami maksudnya, tetapi ia tetap membersihkan si pembacanya. Itu semua dengan kehendak Allah. Kerja Allah”
Komen penulis :
1. Sebaik-baiknya fahamilah isi Al-Quran
2. Jika tidak mampu atau tidak sempat, jangan lah sampai tak baca atau kurang membaca Al-Quran.
3. Jom baca Al-Quran
READ MORE - Kenapa kita baca Al-Quran walaupun tidak memahami isinya?

2.9.09

Solat Terawih: Sejarah - Hukum - Kaifiat

Alhamdulillah, bulan Ramadhan kembali menemui kita. Banyak ilmu yang perlu kita ulangkaji berkenaan amalan-amalan di dalam bulan Ramadhan, agar kita dapat memperoleh manfaat dan ganjaran yang sepenuhnya pada bulan yang mulia ini.
Risalah ringkas ini akan membincangkan tentang “Solat Terawih” dan perkara yang berhubung kait dengannya...........untuk seterusnya sila ke Galery ilmu abi arwa klik sini
READ MORE - Solat Terawih: Sejarah - Hukum - Kaifiat
 

Salam persahabatan Sila masukkan maklumat anda

Name
Email
No.Tel

Acerca de mí

Mi foto
Marang, Terengganu, Malaysia

Followers

Grey Floral ©  Copyright by abi arwa's blog.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks