Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca blog yang saya hormati,
Tidak dinafikan salah satu program menjana pendapatan yang paling
mudah adalah dengan menyertai program affiliate. Selain daripada mudah
dan percuma, selalunya ia menjadi platform dimana usahawan internet
yang baru ‘mencuba nasib’ untuk mula memperolehi pendapatan di
internet. Hanya sertai, dapatkan kod affiliate dan mula promosi.
Sekiranya terjual, komisen akan diperolehi.
Tetapi ada satu tabiat di internet dimana kita suka,rajin dan
berminat untuk mendaftarkan diri di dalam program affiliate. Malangnya
program tersebut tidar benar-benar menjana pendapatan untuk kita. Maka
tidak hairanlah, menurut kajian cuma
2% sahaja dari
usahawan internet yang menyertai program affiliate benar-benar menjana
pendapatan.Kita lupa bahawa menjadi ‘promoter’ kepada produk lain juga
memerlukan teknik dan juga strategi yang betul.
Tips Memilih Program Affiliate Bagi Usahawan Internet Baru
Kejayaan menjual dari program affiliate sebenarnya sangat bergantung
kepada kredibiliti penjual. Teknik dari mulut ke mulut usahawan
internet, akan mempengaruhi pelanggan untuk membeli. Untuk menjana
pendapatan dari program affiliate perlulah melihat dari pelbagai sudut.
Antaranya :
1. Memilih program affiliate
Teringat saya kepada rakan ketika makan lunch buffet di sebuah hotel. Oleh kerana ia adalah
buffet,
maka rakan saya tadi mengambil sebilangan besar makanan yang terhidang.
Yang lucunya, ada makanan yang tidak diketahui namanya.
“Bayar mahal-mahal.. bila lagi nak rasa macam-macam”.
Akhirnya makanan yang tidak kena dengan seleranya tidak dimakan. Kan
lebih baik jika beliau memilih dahulu sebelum mengambil makanan
tersebut ? Pembaziran itu sahabat akrab syaitan.
Memilih bererti membuat penilaian terlebih dahulu sebelum
menyertai.Lihat siapa penganjur program tersebut. Nilaikan kredibiliti
penganjur. Selain itu lihat juga imbuhan yang bakal diterima. Adakah
dalam bentuk peratus komisen, tarikh pembayaran, kaedah pembayaran dan
sebagainya.
2. Sumber dari pakar atau ahli
Pernah dengar istilah
“Jack of all trades, master of none”.
Ia adalah ucapan yang merujuk kepada orang yang sangat umum, tetapi
tidak mempunyai kemahiran /specialist dalam bidang tertentu. Pelanggan
yang spesifik akan membeli dari orang yang pakar, mahir dan
berpengalaman.
Andaikan anda mencari kasut. Kedai mana yang anda lebih gemar
kunjungi sama ada kedai sukan Al Ehsan, atau pasaraya Giant ? Bagi anda
yang inginkan lebih pilihan yang lebih spesifik akan suka ke kedai
spesialist dan bukan ke gedung umum yang menjual 1001 barangan.
3. Sentiasa menjaga kredibiliti
Internet adalah dunia maya. Meyakinkan pelanggan untuk membeli di
dunia maya adalah mencabar. Di internet, kuasa pemasaran mulut-ke-mulut
jauh lebih berkesan. Pelanggan mempunyai kecenderungan untuk membeli
sekiranya kenalannya yang boleh dipercayai mencadangkan pembelian
tersebut. Ini adalah kredibiliti. Sertai program affiliate yang tidak
berlawanan dengan kredibiliti anda.
4. Tidak bersilang dengan produk lain
Sekiranya anda dalam industri pertanian, cuba sertai program
affiliate yang terlibat dengan pertanian juga. Ini membantu anda
mengekalkan kredibiliti dan seniority anda. Satu lagi adalah istiqomah
atau konsisten. Jika anda menjual produk pertanian A, jangan pula dalam
masa yang sama mempromosikan produk pertanian B.
‘Walk the talk’, cakap mesti serupa bikin!
Anda boleh sertai banyak program affiliate, tetapi jangan lupa
matlamat asal anda. Kalau sekadar suka-suka menyertai affiliate mungkin
tidak mengapa. Tetapi bukankah matlamat anda ingin menjana pendapatan?
Jika bukan mengapa anda habiskan masa anda dengan menyertai tetapi
tidak komited.
Perbaiki cara kerja.
Salah satu program Affiliat yang saya syorkan ialah GDI ,selamat berbisnes,,
penulis: http://www.irwandahnil.com