10.8.09

KERAJAAN PENGHISAP DARAH RAKYAT!!!

Oleh ibnu mohd :



Pagi tadi saya pergi ke pejabat pos untuk urusan kiriman wang,sedang menunggu nombor giliran,ternampak pakcik makcik yang sedang berurusan mengaru kepala,saya cuba pasang telinga mendengar apa yang dicakapkan,rupa-rupanya pasal nak sambung roadtax kereta,masing-masing merungut kena bayar mahal untuk road tax dan insuran kereta,ada seorang pakcik yang mintak kerani kaunter untuk bayaran yang paling murah, saya jawab dalam hati,

"takde pakcik,semuanya mahal,inilah hadiah 1malaysia daripada PM kesayangan kita".

Bila keluar dari pajabat pos,nampak pakcik yang dekat kaunter tadi sedang pandu keluar kereta dia,kesian...kereta macam ni pun road tax dan insuran mahal lagi...keluh saya dalam hati...kereta pakcik tu mungkin dah 20 tahun agaknya,saya fikir balik kata-kata Datuk Najib...1Malaysia..inilah agaknya...takde beza antara mercedes dan datsun buah ulu..semua dikira satu...

Sampai saja dekat kereta,saya tengok road tax kereta saya...4 Februari 2010...lambat lagi nk mati ni..kata saya dalam hati..tengah-tengah drive,tiba-tiba teringat satu persatu tentang FEBRUARI 2010,pertama kena bayar road tax kereta,kedua nak sambut ahli keluarga baru(isteri dijangka bersalin) ketiga tayar kereta dah hampir botak,awal tahun depan dah kena tukar...saya pun dah sama dengan pakcik tadi..garu kepala yang tak gatal...

Related Posts by Categories



0 comentarios:

Publicar un comentario

 

Salam persahabatan Sila masukkan maklumat anda

Name
Email
No.Tel

Acerca de mí

Mi foto
Marang, Terengganu, Malaysia

Followers

Grey Floral ©  Copyright by abi arwa's blog.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks