Mostrando las entradas con la etiqueta TIP. Mostrar todas las entradas
Mostrando las entradas con la etiqueta TIP. Mostrar todas las entradas

15.3.10

CutMyPic: Cara Memotong Gambar Secara Online

CutMyPic adalah layanan online Image Cropping yang memungkinkan kita memotong bidang gambar dengan mudah dan terbilang sangat cepat. Berbeda dengan layanan Image Cropping lainya, CutMypPic tidak hanya memotong gambar pada bidang persegi saja, kita dapat juga memotong gambar dengan sudut melengkung atau sekaligus aja dibuat membulat. Selain itu tersedia juga pilihan fasilitas Drop Shadow pada layanan ini.


Layanan CutMyPic tentu sangat berguna saat kita tidak sedang berhadapan dengan laptop kesayangan, terlebih saat kita berada di CC yang minim image editting. Cara menggunakan layanan ini juga tidak begitu sulit, cukup upload gambar, Crop pada gambar tersebut dan simpan hasilnya. Mudahkan :)
selamat mencoba ha
READ MORE - CutMyPic: Cara Memotong Gambar Secara Online

Tips Memilih Program Affiliate Untuk Usahawan Internet Baru

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca blog yang saya hormati,

Tidak dinafikan salah satu program menjana pendapatan yang paling mudah adalah dengan menyertai program affiliate. Selain daripada mudah dan percuma, selalunya ia menjadi platform dimana usahawan internet yang baru ‘mencuba nasib’ untuk mula memperolehi pendapatan di internet. Hanya sertai, dapatkan kod affiliate dan mula promosi. Sekiranya terjual, komisen akan diperolehi.
Tetapi ada satu tabiat di internet dimana kita suka,rajin dan berminat untuk mendaftarkan diri di dalam program affiliate. Malangnya program tersebut tidar benar-benar menjana pendapatan untuk kita. Maka tidak hairanlah, menurut kajian cuma 2% sahaja dari usahawan internet yang menyertai program affiliate benar-benar menjana pendapatan.Kita lupa bahawa menjadi ‘promoter’ kepada produk lain juga memerlukan teknik dan juga strategi yang betul.
Tips Memilih Program Affiliate Bagi Usahawan Internet Baru
Kejayaan menjual dari program affiliate sebenarnya sangat bergantung kepada kredibiliti penjual. Teknik dari mulut ke mulut usahawan internet, akan mempengaruhi pelanggan untuk membeli. Untuk menjana pendapatan dari program affiliate perlulah melihat dari pelbagai sudut. Antaranya :

1. Memilih program affiliate

Teringat saya kepada rakan ketika makan lunch buffet di sebuah hotel. Oleh kerana ia adalah buffet, maka rakan saya tadi mengambil sebilangan besar makanan yang terhidang. Yang lucunya, ada makanan yang tidak diketahui namanya. “Bayar mahal-mahal.. bila lagi nak rasa macam-macam”. Akhirnya makanan yang tidak kena dengan seleranya tidak dimakan. Kan lebih baik jika beliau memilih dahulu sebelum mengambil makanan tersebut ? Pembaziran itu sahabat akrab syaitan.
Memilih bererti membuat penilaian terlebih dahulu sebelum menyertai.Lihat siapa penganjur program tersebut. Nilaikan kredibiliti penganjur. Selain itu lihat juga imbuhan yang bakal diterima. Adakah dalam bentuk peratus komisen, tarikh pembayaran, kaedah pembayaran dan sebagainya.

2. Sumber dari pakar atau ahli

Pernah dengar istilah “Jack of all trades, master of none”. Ia adalah ucapan yang merujuk kepada orang yang sangat umum, tetapi tidak mempunyai kemahiran /specialist dalam bidang tertentu. Pelanggan yang spesifik akan membeli dari orang yang pakar, mahir dan berpengalaman.
Andaikan anda mencari kasut. Kedai mana yang anda lebih gemar kunjungi sama ada kedai sukan Al Ehsan, atau pasaraya Giant ? Bagi anda yang inginkan lebih pilihan yang lebih spesifik akan suka ke kedai spesialist dan bukan ke gedung umum yang menjual 1001 barangan.

3. Sentiasa menjaga kredibiliti

Internet adalah dunia maya. Meyakinkan pelanggan untuk membeli di dunia maya adalah mencabar. Di internet, kuasa pemasaran mulut-ke-mulut jauh lebih berkesan. Pelanggan mempunyai kecenderungan untuk membeli sekiranya kenalannya yang boleh dipercayai mencadangkan pembelian tersebut. Ini adalah kredibiliti. Sertai program affiliate yang tidak berlawanan dengan kredibiliti anda.

4. Tidak bersilang dengan produk lain

Sekiranya anda dalam industri pertanian, cuba sertai program affiliate yang terlibat dengan pertanian juga. Ini membantu anda mengekalkan kredibiliti dan seniority anda. Satu lagi adalah istiqomah atau konsisten. Jika anda menjual produk pertanian A, jangan pula dalam masa yang sama mempromosikan produk pertanian B. ‘Walk the talk’, cakap mesti serupa bikin!
Anda boleh sertai banyak program affiliate, tetapi jangan lupa matlamat asal anda. Kalau sekadar suka-suka menyertai affiliate mungkin tidak mengapa. Tetapi bukankah matlamat anda ingin menjana pendapatan? Jika bukan mengapa anda habiskan masa anda dengan menyertai tetapi tidak komited.
Perbaiki cara kerja.

Salah satu program Affiliat yang saya syorkan ialah GDI ,selamat berbisnes,,

penulis: http://www.irwandahnil.com
READ MORE - Tips Memilih Program Affiliate Untuk Usahawan Internet Baru

Membezakan Perniagaan Sebenar dan Skim Perniagaan di Internet

Catatan ini saya tujukan kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan di internet. Mereka masih baru dalam bisnes internet, jadi sering menjadi mangsa dengan skim bisnes, money game, head hunting, MLM online dan 1001 skim. Skim ini akhirnya lebur, hancur dan runtuh. Mereka yang baru setahun jagung terlibat dengan bisnes internet akan pasrah, kecewa dan motivasi berada di paras bawah.


Kecuali didorong oleh perasaan tamak dan inginkan pulangan segera, mereka yang baru berjinak dengan perniagaan di internet harus mencari ‘mazhab’ yang betul. Kenali industri, kenali pemain di dalamnya.
Mengenai pemain perniagaan internet sebenarnya tidaklah sesusah mana. Pemain yang hebat mempunyai ciri-ciri dan kualiti seperti berikut :
1. Mereka mempunyai komuniti dan selalu berinteraksi di internet. Mereka mempunyai rangkaian kenalan sosial yang luas dan mungkin juga mempunyai pengikut yang ramai. Mereka selalu berbincang dan bertukar-tukar pendapat. Sekali sekala mereka akan mengadakan pertemua tidak rasmi seperti sesi teh tarik.
2. Perniagaan mereka memerlukan usaha dan biasanya ia bukan berjaya sekelip mata. Mereka telah melalui zaman percubaan selama beberapa tahun sehingga mereka ketemui formula mereka sendiri dan membentuk lingkaran kenalan yang berkualiti.
3. Fokus dan mengkhusus kepada produk atau perkhidmatan bukan hanya wang semata-mata. Mereka akan berinovasi menghasilkan produk atau perkhidmatan dengan menitikberatkan kualiti supaya produk tersebut dapat meningkatkan kehidupan orang lain. Ia tidak mensasar jualan semata-mata. Mereka TIDAK PERNAH atau akan bercerita “Jika bayar RMxxx akan dapat pulangan RMzzz”.. Pantang mereka untuk
4. Mereka memberikan khidmat nasihat dan pandangan yang tanpa bias, prejudis atau berat sebelah. Mereka tidak pro kepada mana-mana pihak dan sering berada dalam keadaan berkecuali, natural dan kritis. Pandangan dan idea mereka ini sering kali diterbitkan secara percuma di internet melalui blog, ebook percuma atau forum. Dan seringkali juga, catatan mereka ini menjadi bahan rujukan tidak rasmi, diangkat sebagai autoriti untuk berbincang mengenai sesuatu topik.
5. Mempunyai personaliti dan identiti. Apa yang keluar dari mulut mereka biasanya adalah emas!
Apa yang perlu dilakukan sekarang adalah mendekatkan diri dengan individu ini. Mula berbaik dengan lingkaran kenalan disekelilingnya. Terlibat sama dalam perbincangan online, forum atau Facebook. Jika mempunyai masa, sertai sesi teh tarik mereka!
Sedikit sebanyak kita juga akan menjadi sebijak mereka dalam membezakan mana satu skim perniagaan atau perniagaan sebenar. Kita akan bijak membezakan yang mana intan dan yang mana kaca..

penulis: http://www.irwandahnil.com
READ MORE - Membezakan Perniagaan Sebenar dan Skim Perniagaan di Internet

27.9.09

CARA MEMBUAT BAJA ORGANIK



Oleh RAMPA


Formula 1
BAJA ORGANIK untuk Pokok: Batang Dan Daun Membesar
1. Pelbagai jenis daun atau satu jenis daun hijau secukupnya.
2. 1 kg Gula Merah dibancuh dengan 1 liter Air dijadikan sebagai Air Larutan Gula Merah setakat cukup untuk membasahkan daun-daun yang dicincang itu apabila daun-daun itu digaul.
3. Sejemput Kapur - iaitu Kalsium Karbonat dibancuh dengan sedikit air secukupnya .
4. Sebotol minuman Yakult
Nota:
1. Jika Di Pasar ada banyak daun sayur yang masih hijau dibuang, boleh diambil dengan percuma. Daun dan pokok ulam gila (pentutup bumi) juga boleh digunakan.
2. Fungsi Kapur ialah supaya wujudnya kepanasan dalam adunan bagi bekteria bertindak cepat meleraikan bahan-bahan organan (nutrients) yang terdapat dalam daun-daun yang diperam/jeruk itu supaya menjadi air baja. Penggunaan kapur ini tidak boleh terlalu banyak, gunakan sedikit saja secara asal ada sahaja.
3. Calcium Carbonate atau serbuk kapur yang digunakan untuk memplaster batu-bata dinding rumah. Kapur sirih juga boleh digunakan.
4. Tong takungan pemeraman daun-daun yang dicincang hendaklah diletak di tempat yang tidak terkena terus cahaya mata hari kerana kesan kepanasan cahaya mata hari boleh mematikan bekteria. Peranan bekteria ialah sebagai pelerai organan dari daun-daun yang dijeruk-peram. Lebih banyak bekteria hidup berada dalam daun-daun yang diperam itu akan lebih berkualiti baja itu.
Cara Memproses:
1. Semua daun dicincang dan dimasukkan ke dalam satu tong takungan.
2. Bancuh 1 kg Gula Merah dengan 1 liter Air dan gaul dengan daun yang dicincang tadi dengan Air Larutan Gula Merah ini.
3. Gaulkan adunan (daun) dengan sedikit (sejemput) kapur – Kalsium Karbonat .
4. Tuang sebotol minuman Yakult dan digaul adunan menjadi rata.
5. Tutup tong supaya adunan terperam selama 14 hari.
6. Setelah 14 hari daun akan menghasilkan air baja, dan air baja ini ditapis untuk dibotolkan sedia boleh digunakan untuk Pokok: Batang Dan Daun Membesar.
Cara Penggunaan:
 Sebanyak 10 ml (2 sudu teh) Air Baja dibancuh dengan 10 liter Air; dijadian sebagai air semburan kepada seluruh pokok dan juga tanah; disembur sebanyak 2 kali seminggu. Jangan membaja lebih dari 2 kali seminggu kerana daun pokok akan menjadi kuning, rosak. Jika pokok kelapa sawit atau pokok getah yang tinggi, memadai disembur 2 kali seminggu pada bahagian batang pokok kelapa sawit atau pokok getah itu saja dan dipangkal bahagian tanahnya.


Formula 2
BAJA ORGANIK untuk Buah Membesar
1. Pelbagai jenis buah yang masak dan juga yang masih muda, dicampur secukupnya. Buah-buah masak yang dibuang di Pasar boleh digunakan.
2. 1 biji buah labu besar (labu yang isinya berwarna kuning, berkulit keras)
3. 1 biji nenas (jangan dibunag kulitnya); dicincang.
4. 1 kg Gula Merah dibancuh dengan 1 liter Air dijadikan sebagai Air Larutan Gula Merah setakat cukup untuk membasahkan buah-buah yang dicincang itu.
4. Sedikit Kapur - Kalsium Karbonat dibancuh dengan sedikit air secukupnya .
5. 1 botol minuman Yakult
Nota:
 Jika di pasar ada buah-buahan yang dibuang boleh digunakan, tak kira apa juga jenis buah; pisang, betik, mangga, epal, nenas dan sebagainya. Nenas hendaklah jangan dibuang kulitnya, dicincang dengan kulit-kulitnya sekali kerana kulit nenas itu sendiri disukai oleh bekteria. Kalau boleh nenas dan juga buah labu besar mesti ada dimasukkan.
Cara Memproses:
1. Semua buah dicincang dan dimasukkan ke dalam satu tong takungan.
 2. Bancuh 1 kg Gula Merah dengan 1 liter Air dan gaul buah-buah masak yang dicincang tadi dengan Air Larutan Gula Merah ini.
3. Gaulkan sedikit kapur (sejemput) – Kalsium Karbonat.
4. Tuang sebotol minuman Yakult dan digaul adunan.
5. Tutup tong supaya adunan terperam selama 14 hari.
6. Setelah 14 hari buah-buahan akan reput menghasilkan air baja, dan air baja ini ditapis untuk dibotolkan sedia digunakan untuk membaja Pokok yang sedang mula berbuah dan juga pada buah yang sedang muda dan membesar.
Cara Penggunaan:
Sebanyak 10 ml (2 sudu teh) Air Baja dibancuh dengan 10 liter Air Sejuk; dijadikan sebagai air semburan kepada seluruh pokok dan juga tanah; disembur sebanyak 2 kali seminggu (atau 3 hari sekali). Jangan lebih dari 2 kali seminggu. Jika pokok kelapa sawit atau lain-lain pokok seperti pokok mangga, pokok getah dsb. yang tinggi, memadai disembur 2 kali seminggu pada bahagian buah (sawit) dan batang pokok getah itu saja dan dipangkal bahagian tanahnya.
 Formula 3 BAJA ORGANIK untuk Pelbagai Guna: Batang, Daun Dan Buah Membesar
1. Pelbagai jenis daun atau satu jenis daun hijau secukupnya.
2. Pelbagai jenis buah masak termasuk nenas dan buah labu besar.
3. 1 kg Gula Merah dibancuh dengan 1 liter Air dijadikan sebagai Air Larutan Gula Merah setakat cukup untuk membasahkan buah-buah yang dicincang itu.
4. Sedikit Kapur - Kalsium Karbonat dibancuh dengan sedikit air secukupnya .
5. 1 botol minuman Yakult
Cara Memproses:
1. Daun dan semua buah dicincang dan dimasukkan ke dalam satu tong takungan.
2. Bancuh 1 kg Gula Merah dengan 1 liter Air dan gaul daun dan buah-buahan yang telah dicincang tadi dengan Air Larutan Gula Merah ini.
3. Gaulkan adunan dengan sedikit kapur – Kalsium Karbonat.
4. Tuan 1 botol minuman Yakult dan digaul aduan.
5. Tutup tong supaya adunan terperam selama 14 hari.
 6. Setelah 14 hari daun-daun dan buah-buahan akan reput menghasilkan air baja, dan air ditapis dibotolkan untuk digunakan untuk Baja Pelbagai Guna bagi Batang, Daun dan Buah Membesar.
Cara Penggunaan:
Sebanyak 10 ml (2 sudu teh) Air Baja dibancuh dengan 10 liter Air Sejuk; dijadikan sebagai air semburan kepada seluruh pokok dan juga tanah; disembur sebanyak 2 kali seminggu. Jangan membaja lebih dari 2 kali seminggu kerana daun pokok akan menjadi kuning, rosak. Jika pokok kelapa sawit yang tinggi, atau pokok getah, memadai disembur 2 kali seminggu pada bahagian batang pokok kelapa sawit itu saja dan dipangkal bahagian tanahnya.
NOTA
1. Bagi semua jenis formula di atas boleh dimasukkan buah labu besar (labu tukai berisi kuning) sebagai bahan untuk meningkatkan kualiti baja.
2. Buah nenas jika digunakan, jangan dibuang kulitnya.
3. Setelah 14 hari pemeraman, air baja ditapis. Bagi mendapatkan air baja lagi, daun dan buah yang sudah reput itu boleh diperah sebagaimana orang memerah santan kelapa; masukkan ke dalam guni dan bilas supaya airnya keluar. Air-baja hendaklah ditapis supaya bersih dari adanya kelodak daun yang reput.
 4. Hasilan air baja sudah pasti baunya busuk. Bagi menghilangkan bau busuk itu bolehlah ditambah haruman seperti menggunakan perisa oren – orange flavour atau lain-lain haruman, dicampur sedikit ke dalam air baja itu sebelum dibotolkan untuk dijual. Jika kegunaan sendiri tak perlulah diwangikan.
5. Penggunaan baja bagi pokok-pokok muda baru membesar; gunakan 10 ml Air Baja (2 sudu teh) dicampur dengan 15 – 20 liter Air sebagai air semburan kepada pokok, disembur 2 kali seminggu (atau 3 hari sekali).
6. Dalam semua jenis baja (formula) boleh dimasukkan sebotol Air Minuman berjenama Yakut ke dalam Air Larutan Gula Merah. Ini akan meningkatkan lagi kualiti hasil Baja kerana bekteria yang terdapat di dalam Yakut itu akan membiak lebih banyak dan membantu meningkatkan kualiti baja.
7. Bagi menghasilkan baja jenis organik ini yang terbaik sekali ialah mencampurkan adunan digaul dengan embryo telor ayam. Hanya embryo telor ayam saja digunakan, bukan kesemua telor ayam. Untuk mendapatkan embryo telor ayam ini bagaimanakah caranya, perlu dipelajari daripada mereka yang tahu di makmal. Walau bagaimana pun, Insya Allah tanpa menggunakan embryo itu pun baja sudah cukup boleh berfungsi sebagai baja.  ok selamat mencoba




READ MORE - CARA MEMBUAT BAJA ORGANIK

12.9.09

Akhirnya Blogger Punya Readmore Sendiri (Jump Breaks)

Dari o-o.com


macamnya sekarang tak perlu lagi nih buka
nbsp; arsip lama saya Cara membuat readmore,& lah kenapa om? la..kan sekarang blogger sudah support fungsi readmore sendiri :). Fasilitas Jump Breaks / Read More yang sudah lama jadi impian para Blogger ini akhirnya terwujud juga, berita gembira ini bisa rekan baca langsung diblog resminya blogger, blogger in draft. Berhubung fasilitas readmore ini masih dalam tahap uji coba pengguna, jadi hanya bisa digunakan pada area draft blogger saja. silahkan login dulu melalui http://draft.blogger.com kalu nk tahu lebih lanjut sila klik sini
READ MORE - Akhirnya Blogger Punya Readmore Sendiri (Jump Breaks)

30.8.09

Cara mempercepatkan blog

 Oleh:blog.izyan.com

Memang amat menyedihkan apabila blog kita dianggap blog pling berat mahu masuk. Bukan kerana apa, ini juga salah satu kesilapan newbie yang baru-baru dalam dunia blog. Terutama pengguna blogspot/blogger. Beritahu, yang blogger bukanlah satu jenis laman web yang mengabungkan penggunaan file php dan css, namun ianya mengandungi page html yang mengabungkan kedua-dua ciri diatas. Dan sudah pasti blogspot merupakan blog paling berat. Namun penulis ada tips untuk mengurangkan deposit keberatan ini memandangnkan ramai pengguna internet di negara Malaysia menggunakan broadband yang dklaim amat lembab.

Kurangkan Gambar
-anda dinasihatkan mengurangkan gambar-gambar bersize besar dan boleh menutupi keseluruhan blog. Ini kerana gambar-gambar yang tertera akan didownload dahulu oleh komputer sebelum ditayangkan, maka andaikan gambar anda sebesar 1 mb dalam blog, maka komputer terpaksa download gambar 1mb itu dan akan kelihatan seterusnya.

Tidak menggunakan latar belakang gambar
-digalakkan tidak menggunakan latar belakang (background) seperti gambar-gambar wallpaper yang tidak berat. seharunya cuma meletakkan code berwarna sahaja.

Tayangkan post semaksima 10
-tayangkan post anda semaksima 10, dan tidak lebih dari itu kerana, makin banyak page makin banyak size yang diperlukan untuk mendownload ruangan blog anda.

Tidak menggunakan banyak aplikasi
-buang aplikasi yang tidak berkaitan seperti slide show, lagu streaming, statistik-statistik, banner-banner yang dikatakan penarik pelawat, dan seumpanya.

Kurangkan penggunaan exchange Link
-jangan lampirkan terlalu banyak link-link web/blog kawan anda atau web kegemaran anda, ianya juga akan melambatkan proses mendownload berserta code link dalaman yang disertakan.

Pastikan menggunakan medium 'Read More'
-gunakan blogger hack seperti Read More sama ada menual yang boleh didapati di o-om.com atau yang auto juga boleh buka o-om.com. untuk menutupi sebahagian post yang anda tayangkan.

Tidak meletakkan javascirpt yang banyak
-kurangkan penggunaan javascript pada blog seperti pengguaan widget dari adiwidget dan lain-lain.

Menggunakan 1 widget element
-yang ini amat sukar sedikit, namun kepada yang dah lama dalam blog, penggunaan 1 widget element merupakan penggunaan 1 sahaja dalam kolum sesebuah blog, dengan menggunakan 1 sahaja HTML/javascript element untuk semua code.

Menyemak size blog anda
-anda boleh melihat size blog anda pada engin carian Yahoo!. disana tertera berapa size blog/web anda, seharusnya kurang dari 100kb.


selamat mencoca hee..nk tambah pendapatan bengan emal anda sila kelik sini
READ MORE - Cara mempercepatkan blog

5.8.09

Tip bagaimana mempercepatkan proses menutup Windows (windows shutdown)


Jika komputer anda mengambil masa yang agak lama untuk ditutup, di sini ialah tip ubahsuai ke atas sistem registry anda yang boleh membantu mempercepatkan proses menutup komputer anda.

Klik butang START

Klik butang RUN

Taip ‘regedit’ di dalam kotak yang muncul

Kotak Registry Editor akan muncul

Klik HKEY_LOCAL_MACHINE

Klik SYSTEM

Klik CURRENT CONTROL SET

Klik CONTROL

Sekarang anda perhatikan kotak sebelah kanan dan klik kekunci “WaitToKillServiceTimeout”

Tukar nilai di dalam kotak tersebut kepada 200

Tutup Registry Editor tadi.

Restart semula komputer anda.

Selepas ini anda akan melihat masa untuk anda menutup komputer anda akan menjadi lebih singkat.

Selamat mencuba.SILA KLIK

READ MORE - Tip bagaimana mempercepatkan proses menutup Windows (windows shutdown)
 

Salam persahabatan Sila masukkan maklumat anda

Name
Email
No.Tel

Acerca de mí

Mi foto
Marang, Terengganu, Malaysia

Followers

Grey Floral ©  Copyright by abi arwa's blog.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks