Formula 1
BAJA ORGANIK untuk Pokok: Batang Dan Daun Membesar
1. Pelbagai jenis daun atau satu jenis daun hijau secukupnya.
2. 1 kg Gula Merah dibancuh dengan 1 liter Air dijadikan sebagai Air Larutan Gula Merah setakat cukup untuk membasahkan daun-daun yang dicincang itu apabila daun-daun itu digaul.
3. Sejemput Kapur - iaitu Kalsium Karbonat dibancuh dengan sedikit air secukupnya .
4. Sebotol minuman Yakult
Nota:
1. Jika Di Pasar ada banyak daun sayur yang masih hijau dibuang, boleh diambil dengan percuma. Daun dan pokok ulam gila (pentutup bumi) juga boleh digunakan.
2. Fungsi Kapur ialah supaya wujudnya kepanasan dalam adunan bagi bekteria bertindak cepat meleraikan bahan-bahan organan (nutrients) yang terdapat dalam daun-daun yang diperam/jeruk itu supaya menjadi air baja. Penggunaan kapur ini tidak boleh terlalu banyak, gunakan sedikit saja secara asal ada sahaja.
3. Calcium Carbonate atau serbuk kapur yang digunakan untuk memplaster batu-bata dinding rumah. Kapur sirih juga boleh digunakan.
4. Tong takungan pemeraman daun-daun yang dicincang hendaklah diletak di tempat yang tidak terkena terus cahaya mata hari kerana kesan kepanasan cahaya mata hari boleh mematikan bekteria. Peranan bekteria ialah sebagai pelerai organan dari daun-daun yang dijeruk-peram. Lebih banyak bekteria hidup berada dalam daun-daun yang diperam itu akan lebih berkualiti baja itu.
Cara Memproses:
1. Semua daun dicincang dan dimasukkan ke dalam satu tong takungan.
2. Bancuh 1 kg Gula Merah dengan 1 liter Air dan gaul dengan daun yang dicincang tadi dengan Air Larutan Gula Merah ini.
3. Gaulkan adunan (daun) dengan sedikit (sejemput) kapur – Kalsium Karbonat .
4. Tuang sebotol minuman Yakult dan digaul adunan menjadi rata.
5. Tutup tong supaya adunan terperam selama 14 hari.
6. Setelah 14 hari daun akan menghasilkan air baja, dan air baja ini ditapis untuk dibotolkan sedia boleh digunakan untuk Pokok: Batang Dan Daun Membesar.
Cara Penggunaan:
Sebanyak 10 ml (2 sudu teh) Air Baja dibancuh dengan 10 liter Air; dijadian sebagai air semburan kepada seluruh pokok dan juga tanah; disembur sebanyak 2 kali seminggu. Jangan membaja lebih dari 2 kali seminggu kerana daun pokok akan menjadi kuning, rosak. Jika pokok kelapa sawit atau pokok getah yang tinggi, memadai disembur 2 kali seminggu pada bahagian batang pokok kelapa sawit atau pokok getah itu saja dan dipangkal bahagian tanahnya.
Formula 2
BAJA ORGANIK untuk Buah Membesar
1. Pelbagai jenis buah yang masak dan juga yang masih muda, dicampur secukupnya. Buah-buah masak yang dibuang di Pasar boleh digunakan.
2. 1 biji buah labu besar (labu yang isinya berwarna kuning, berkulit keras)
3. 1 biji nenas (jangan dibunag kulitnya); dicincang.
4. 1 kg Gula Merah dibancuh dengan 1 liter Air dijadikan sebagai Air Larutan Gula Merah setakat cukup untuk membasahkan buah-buah yang dicincang itu.
4. Sedikit Kapur - Kalsium Karbonat dibancuh dengan sedikit air secukupnya .
5. 1 botol minuman Yakult
Nota:
Jika di pasar ada buah-buahan yang dibuang boleh digunakan, tak kira apa juga jenis buah; pisang, betik, mangga, epal, nenas dan sebagainya. Nenas hendaklah jangan dibuang kulitnya, dicincang dengan kulit-kulitnya sekali kerana kulit nenas itu sendiri disukai oleh bekteria. Kalau boleh nenas dan juga buah labu besar mesti ada dimasukkan.
Cara Memproses:
1. Semua buah dicincang dan dimasukkan ke dalam satu tong takungan.
2. Bancuh 1 kg Gula Merah dengan 1 liter Air dan gaul buah-buah masak yang dicincang tadi dengan Air Larutan Gula Merah ini.
3. Gaulkan sedikit kapur (sejemput) – Kalsium Karbonat.
4. Tuang sebotol minuman Yakult dan digaul adunan.
5. Tutup tong supaya adunan terperam selama 14 hari.
6. Setelah 14 hari buah-buahan akan reput menghasilkan air baja, dan air baja ini ditapis untuk dibotolkan sedia digunakan untuk membaja Pokok yang sedang mula berbuah dan juga pada buah yang sedang muda dan membesar.
Cara Penggunaan:
Sebanyak 10 ml (2 sudu teh) Air Baja dibancuh dengan 10 liter Air Sejuk; dijadikan sebagai air semburan kepada seluruh pokok dan juga tanah; disembur sebanyak 2 kali seminggu (atau 3 hari sekali). Jangan lebih dari 2 kali seminggu. Jika pokok kelapa sawit atau lain-lain pokok seperti pokok mangga, pokok getah dsb. yang tinggi, memadai disembur 2 kali seminggu pada bahagian buah (sawit) dan batang pokok getah itu saja dan dipangkal bahagian tanahnya.
Formula 3 BAJA ORGANIK untuk Pelbagai Guna: Batang, Daun Dan Buah Membesar
1. Pelbagai jenis daun atau satu jenis daun hijau secukupnya.
2. Pelbagai jenis buah masak termasuk nenas dan buah labu besar.
3. 1 kg Gula Merah dibancuh dengan 1 liter Air dijadikan sebagai Air Larutan Gula Merah setakat cukup untuk membasahkan buah-buah yang dicincang itu.
4. Sedikit Kapur - Kalsium Karbonat dibancuh dengan sedikit air secukupnya .
5. 1 botol minuman Yakult
Cara Memproses:
1. Daun dan semua buah dicincang dan dimasukkan ke dalam satu tong takungan.
2. Bancuh 1 kg Gula Merah dengan 1 liter Air dan gaul daun dan buah-buahan yang telah dicincang tadi dengan Air Larutan Gula Merah ini.
3. Gaulkan adunan dengan sedikit kapur – Kalsium Karbonat.
4. Tuan 1 botol minuman Yakult dan digaul aduan.
5. Tutup tong supaya adunan terperam selama 14 hari.
6. Setelah 14 hari daun-daun dan buah-buahan akan reput menghasilkan air baja, dan air ditapis dibotolkan untuk digunakan untuk Baja Pelbagai Guna bagi Batang, Daun dan Buah Membesar.
Cara Penggunaan:
Sebanyak 10 ml (2 sudu teh) Air Baja dibancuh dengan 10 liter Air Sejuk; dijadikan sebagai air semburan kepada seluruh pokok dan juga tanah; disembur sebanyak 2 kali seminggu. Jangan membaja lebih dari 2 kali seminggu kerana daun pokok akan menjadi kuning, rosak. Jika pokok kelapa sawit yang tinggi, atau pokok getah, memadai disembur 2 kali seminggu pada bahagian batang pokok kelapa sawit itu saja dan dipangkal bahagian tanahnya.
NOTA
1. Bagi semua jenis formula di atas boleh dimasukkan buah labu besar (labu tukai berisi kuning) sebagai bahan untuk meningkatkan kualiti baja.
2. Buah nenas jika digunakan, jangan dibuang kulitnya.
3. Setelah 14 hari pemeraman, air baja ditapis. Bagi mendapatkan air baja lagi, daun dan buah yang sudah reput itu boleh diperah sebagaimana orang memerah santan kelapa; masukkan ke dalam guni dan bilas supaya airnya keluar. Air-baja hendaklah ditapis supaya bersih dari adanya kelodak daun yang reput.
4. Hasilan air baja sudah pasti baunya busuk. Bagi menghilangkan bau busuk itu bolehlah ditambah haruman seperti menggunakan perisa oren – orange flavour atau lain-lain haruman, dicampur sedikit ke dalam air baja itu sebelum dibotolkan untuk dijual. Jika kegunaan sendiri tak perlulah diwangikan.
5. Penggunaan baja bagi pokok-pokok muda baru membesar; gunakan 10 ml Air Baja (2 sudu teh) dicampur dengan 15 – 20 liter Air sebagai air semburan kepada pokok, disembur 2 kali seminggu (atau 3 hari sekali).
6. Dalam semua jenis baja (formula) boleh dimasukkan sebotol Air Minuman berjenama Yakut ke dalam Air Larutan Gula Merah. Ini akan meningkatkan lagi kualiti hasil Baja kerana bekteria yang terdapat di dalam Yakut itu akan membiak lebih banyak dan membantu meningkatkan kualiti baja.
7. Bagi menghasilkan baja jenis organik ini yang terbaik sekali ialah mencampurkan adunan digaul dengan embryo telor ayam. Hanya embryo telor ayam saja digunakan, bukan kesemua telor ayam. Untuk mendapatkan embryo telor ayam ini bagaimanakah caranya, perlu dipelajari daripada mereka yang tahu di makmal. Walau bagaimana pun, Insya Allah tanpa menggunakan embryo itu pun baja sudah cukup boleh berfungsi sebagai baja. ok selamat mencoba
3 comentarios:
ok juga ni
nanti bleh tanam sayur sendiri
selamat....
Assalam.. cara buat baja tu bagus! boleh siarkan di http://www.herbamalaysia.com harap dapat masukkan di sana
ya selamat mencuba
Publicar un comentario